Ujian Psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL) KKM 2022

Panggilan Ujian Psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat Peningkatan Secara Lantikan (PSL) Kementerian Kesihatan Malaysia untuk calon Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Semak panggilan anda sekarang!

ujian psikometrik latihan jururawat psl

PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

LATIHAN JURURAWAT DARIPADA JURURAWAT MASYARAKAT (PSL)
TARIKH: 15 SEPTEMBER 2022 (KHAMIS)
Link Semakan:

Semenanjung (https://online.spa.gov.my/online/jad_xm_psikometrik/jadual_peperiksaan.php?pemerolehan=SK20220046)
Sabah (https://online.spa.gov.my/online/jad_xm_psikometrik/jadual_peperiksaan.php?pemerolehan=SB20220004)
Sarawak (https://online.spa.gov.my/online/jad_xm_psikometrik/jadual_peperiksaan.php?pemerolehan=SW20220014)

Sumber: Facebook Page SPA

APAKAH UJIAN PSIKOMETRIK

Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Ujian Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.

Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat

1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan: A. Setuju

2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan A. Setuju

RUJUKAN LENGKAP UJIAN PSIKOMETRIK VERSI TAHUN 2022

Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/

Maklumat Tambahan

  • Jantina:Lelaki dan Perempuan
  • Tempoh Latihan:
    • 3 tahun (bagi calon Lantikan Terus)
    • 1 tahun (bagi calon PSL daripada Jururawat Masyarakat)
  • Tempat Latihan:
    • Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah
    • Institut Latihan KKM Alor Setar (Kejururawatan)
    • Institut Latihan KKM Bertam (Kejururawatan)
    • Institut Latihan KKM Kuala Pilah (Kejururawatan)
    • Institut Latihan KKM Batu Pahat (Kejururawatan)
    • Institut Latihan KKM Johor Bahru
    • Institut Latihan KKM Kubang Kerian (Kejururawatan)
    • Institut Latihan KKM Sibu (Kejururawatan)
    • Institut Latihan KKM Kota Kinabalu
    • Institut Latihan KKM Kangar (Kejururawatan)
    • Institut Latihan KKM Kuching
    • Institut Latihan KKM Tawau (Kejururawatan)
  • Kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) :
    • Kepujian (6C) dalam:
      • Bahasa Melayu;
      • Matematik;
      • Salah satu subjek Sains (Sains/Sains Gunaan/Biologi/Kimia/Fizik); dan
      • Dua (2) subjek lain; serta
    • Lulus (7D) dalam subjek Bahasa Inggeris.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.