SPA lancarkan info grafik Prosedur Operasi Standard SOP Temuduga SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) 3.0 untuk tahun 2022.
Poster Prosedur Operasi Standard (SOP) 3.0 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia untuk Calon Temu Duga SPA. SOP Temuduga SPA.
TANGGUNGJAWAB CALON
- Menunjukkan sijil digital vaksinasi covid-19 kepada urus setia bagi membuktikan telah menerima vaksinasi lengkap 2 dos.
- Memasuki pusat temuduga 30 minit sebelum masa temuduga.
- Membawa dan memakai pelitup separuh muka/ pelindung muka sepanjang masa. (Pilihan mengikut keselesaan calon)
- Amalkan penjarakan sosial 1.5 meter setiap masa.
- Menjaga kebersihan dan menggunakan cecair sanitasi tangan.
- Bagi calon orang kelainan upaya (OKU), urusan pergerakan calon akan dibantu oleh urus setia sehingga selesai sesi temuduga.
SEKIRANYA CALON
- Belum berstatus vaksinasi lengkap
– Sila e-melkan tangkap layar (screenshot) status vaksinasi melalui e-mel kepada urus setia untuk penjadualan Temuduga Secara Online In Situ. (TSOI) - Menjalani kuarantin
– Dilarang hadir ke pusat temuduga. Sila e-mel tangkap layar (screenshot) arahan kuarantin berserta maklumat lengkap kepada urus setia sebelum tarikh temuduga untuk penjadualan semula temuduga. - Tidak sihat pada hari temuduga
– Dinasihatkan agar tidak hadir dan mendapatkan rawatan di klinik kesihatan. Sila e-melkan salinan sijil sakit berserta maklumat lengkap untuk penjadualan semula. - Membawa pengiring/ ahli keluarga
– Pengiring/ ahli keluarga calon tidak dibenarkan masuk ke premis SPA/ pusat temuduga.
Sumber: Facebook Page SPA SOP Temuduga SPA
Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Temuduga
Berikut ialah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga. Panel penemuduga bakal tersinggung dengan sikap anda sekiranya anda berbuat demikian.
- Bercakap tentang perkara-perkara yang tidak berkaitan atau tiada kena mengena dengan soalan yang ditanya secara berlebihan atau keterlaluan.
- Tidak menumpukan perhatian atau fokus kepada salah seorang penemuduga apabila diajukan soalan dari salah seorang panel.
- Mengelak daripada menjawab soalan atau mengalihkan perhatian panel penemuduga dengan bercakap tentang perkara lain.
- Memandang rendah pada pengetahuan panel penemuduga sehingga merasakan diri anda bijak dari mereka dengan berpandukan cara anda menjawab.
- Menggunakan nama-nama orang berpangkat tinggi atau besar dalam sesi temuduga, seolah-olah anda ada orang dalam, supaya panel penemuduga berasa kagum dengan anda.
- Mencabar panel penemuduga dengan memberikan soalan yang rumit dan teknikal kepada mereka. Sepatutnya mereka yang menyoal anda.
Perkara-perkara di atas boleh membuatkan panel penemuduga berasa tidak senang hati dan membosankan. Ini bakal memberi kesan kepada anda. Peluang bakal tertutup kerana sikap anda. Adakalanya anda tidak sedar apa yang anda lakukan tersebut menambahkan lagi rasa meluat orang lain terhadap anda biar pun anda merasakan tindakan tersebut bagus.
Mengawal Emosi Semasa Temuduga
Sekiranya anda dipandang rendah atau dihina, logiknya anda akan berasa marah dan naik angin. Sudah pasti! Ketika berada di bilik temuduga, anda akan ditanyakan soalan-soalan yang membuatkan anda panas hati kerana ia bakal mencabar kewibawaan anda. Ia adalah salah satu strategi panel penemuduga untuk menguji emosi anda. Adakah anda seorang yang penyabar, cepat marah, kurang sabar dan sebagainya.
Anda yang perlu anda lakukan ialah :
- Sedari bahawa panel penemuduga sedang menguji anda.
- Jawab setiap pertanyaan dengan jelas dan lantang, tidak terlalu laju atau terlalu perlahan.
- Ketepikan sikap ego anda, rendah diri semasa ditemuduga.
- Tenangkan diri sebelum menjawab soalan.
- Senyumlah walau pun ianya sekadar sebuah lakonan, ikhlaskan senyuman anda.
- Buktikan kepada panel penemuduga bahawa anda benar-benar minat dengan jawatan yang dipohon.
Anda dinasihat supaya menjawab soalan dengan tenang, ambil masa untuk berfikir sebentar dan mulai menjawab dengan perlahan-lahan. Menjawab dalam keadaan yang terburu-buru hanya akan menyebabkan anda hilang fokus dan emosi tidak dapat dikawal. Boleh jadi anda akan bertengkar dengan penemuduga nanti.
Menjaga Adab Dan Sikap Semasa Temuduga
- Elakkan daripada berbohong semasa temuduga.
- Sekiranya anda tidak tahu jawapan, elakkan daripada menipu atau mendiamkan diri sahaja. Bersikap jujur sahaja dengan memberitahu anda tidak tahu jawapannya.
- Bersedia untuk menceritakan penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda.
- Jangan berbincang tentang masalah peribadi anda semasa ditemuduga. Ianya tidak berkaitan dengan panel penemuduga dan mereka tak mahu mendengarnya.
- Jika disoal tentang pengalaman kerjaya terdahulu, berikan keterangan dengan ringkas, padat dan tepat.
- Elakkan daripada memburuk-burukkan bekas majikan anda sama ada dari sektor awam atau sektor swasta yang terdahulu. Kongsikan kisah yang baik-baik sahaja.
- Nyatakan kelulusan dan kelayakan anda yang sebenar. Namun usah mendabik dada sekiranya kelayakan dan kelulusan anda amat tinggi.
- Anda wajib mengetahui sebahagian dari tugas-tugas yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
- Biar panel penemuduga yang menamatkan sesi temuduga.
- Ucapkan terima kasih kepada mereka sebagai tanda penghargaan.
- Jangan lupa berjabat tangan dengan panel penemuduga.
Tips Menghadapi Temuduga
Untuk menghadapi temuduga, anda perlu lihat 2 perkara penting iaitu persediaan dan tingkah laku semasa temuduga.
Persediaan
- Selidik seberapa banyak yang dapat tentang pekerjaan yang anda pohon itu.
Sumber-sumber yang boleh membantu anda ialah :
- Mereka yang bekerja di dalam pekerjaan yang dipohon.
- Bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh didapati dari pelbagai jabatan, firma dan perpustakaan.
- Ibu bapa, saudara mara dan rakan-rakan.
2. Selidik sama ada anda memiliki kelulusan akademik dan kelulusan-kelulusan lain sebagaimana yang dikehendaki bagi pekerjaan yang anda pohon. Jangan semata-mata bergantung kepada nasib.
3. Jika anda ditemuduga bagi sesuatu pekerjaan yang menghendaki pengetahuan atau latihan khas, anda mungkin disoal tentang perkara tertentu yang berkaitan atau pun diberi satu ujian untuk menilai pengalaman, kemahiran atau kepantasan anda. Dalam hal seperti ini amat berfaedah sekiranya anda mengkaji semula perkara-perkara berkenaan sebelum menghadiri temuduga.
4. Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10 minit sebelum sesi temuduga dimulakan. Jangan sekali-kali datang lewat.
5. Anda pakailah pakaian yang sesuai, bersih dan kemas. Elakkan daripada memakai pakaian yang berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar, memakai minyak wangi dan alat solek yang berlebihan.
6. Kuku jari anda mestilah bersih. Rambut hendaklah pendek dan kemas. Kasut hendaklah bersih dan dikilatkan. Pilih kasut yang biasa dipakai oleh penjawat awam.
7. Bawa bersama sijil-sijil akademik dari sekolah dan institusi pengajian tinggi, dokumen-dokumen asal dan surat akuan untuk disemak oleh penemuduga. Susun dokumen tersebut dalam fail lutsinar mengikut susunan kelayakan terendah kepada kelayakan yang tertinggi.
8. Apabila dipanggil masuk ke bilik temuduga, ketuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Masuk dengan tenang dan mula bersedia untuk ditemuduga.
9. Sediakan penama dan butiran 2 orang yang mengenali anda dan bukan terdiri dari saudara-mara anda untuk memberikan perakuan terhadap diri anda. Dapatkan keizinan dari mereka terlebih dahulu.
Tingkah Laku Semasa Temuduga
- Usah gentar semasa masuk ke bilik temuduga. Buat seperti biasa dan beri ucap salam pagi atau tengahari atau petang. Ini penting bagi menghilangkan rasa gemuruh dan mewujudkan suasana mesra di antara anda dan penemuduga.
- Jangan hulurkan tangan untuk berjabat tangan selagi penemuduga tidak bergerak terlebih dahulu.
- Duduk hanya apabila disuruh. Selepas anda diarahkan untuk berbuat demikian, ucapkan terima kasih dan duduk dengan postur yang baik dan badan yang tegak.
- Elakkan daripada meletak barang-barang atau tangan atau siku anda pada meja penemuduga.
- Biarkan kedudukan kerusi yang disediakan, usah alihkannya.
- Pastikan kaki anda berada dalam keadaan statik. Jangan goyangkannya atau menggerakkannya ke sana sini.
- Tunggu penemuduga memulakan sesi temuduga, jangan anda yang memulakan.
- Bertenang dan jawab soalan-soalan yang diajukan tanpa gopoh-gapah. Jawab dengan jelas dan mudah didengar. Gunakan bahasa yang sopan ketika menjawab.
- Bercakap sambil memandang ke wajah penemuduga. Jika lebih dari seorang, arahkan jawapan-jawapan anda kepada ketua panel.
- Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada panel penemuduga sebagai tanda hormat.
- Ketika mereka bercakap, jangan sesekali menyampuk dan bertengkar dengan mereka.
- Jangan mengunyah apa-apa semasa sesi temuduga sedang berjalan.
Kaedah Penilaian Temuduga
Berikut ialah kadar penilaian yang diberikan semasa temuduga iaitu:
- Amat baik
- Baik
- Sederhana
- Lemah
- Catitan
Paras rupa fizikal
Penampilan diri anda dari segi pakaian, paras rupa dan kekemasan diri.
Tingkah laku
Perlakuan am, pengawalan emosi, kejujuran, kesopanan, gaya dan ketenangan.
Kemahiran bertutur
Tenang, mudah difahami, kelancaran penyampaian, perbendaharaan kata dan pemilihan perkataan dan penyampaian yang jelas.
Keyakinan
Keyakinan diri, kematangan sikap dan pendapat, ketabahan dan kepastian.
Kewibawaan
Personaliti yang tegas lagi bertenaga, keupayaan untuk meyakinkan dan mempertahankan hujah.
Motivasi
Desakan atau kesungguhan, penyertaan dalam perbualan atau perbincangan dan tidak mudah mengalah.
Pembawaan
Kemesraan dan kemampuan bergaul, perangai, berfikiran luas dan kawalan emosi.
Kecerdasan
Keupayaan analitikal, kecekapan menjawab, mentaakul, membina dan berfikiran logik.
Pengetahuan
Berhubung dengan kelayakan dan pengalaman, isu semasa, isu-isu hangat masa kini.
Kesimpulan SOP Temuduga SPA
Untuk menghadiri temuduga kerja kerajaan, anda perlu memastikan bahawa persediaan dilakukan dengan secukupnya.
Perlu diingat, sebaik sahaja anda melangkah masuk ke temuduga kerja kerajaan ini, ramai lagi calon-calon lain yang tidak terpilih. Jadi anda haruslah bersyukur dan membuat persediaan yang rapi untuk terus masuk ke dalam sektor awam ini.
Maklumat Tambahan
Anda boleh terus dapatkan pakej rujukan yang telah banyak membantu calon-calon temuduga memasuki kerja kerajaan sejak tahun 2009 sehingga kini tahun 2022. Gunakan pengalaman kami selama 13 tahun bantu calon temuduga spa melalui rujukan. Terus dapatkan ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan di laman di bawah ini: