Tag Archives: gaji penguasa kastam wk41

Permohonan jawatan Penguasa Kastam WK41, 80 kekosongan

penguasa kastam wk41

penguasa kastam wk41

Permohonan untuk jawatan penguasa kastam wk41 dibuka. Berikut adalah maklumat untuk memohon jawatan ini:

Penguasa Kastam WK41
(Jabatan Kastam Diraja Malaysia)

Tarikh tutup permohonan : 3 Mac 2019 (Ahad) jam 11.59 malam

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA8i di bawah :
1) https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
ATAU
2) https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Untuk maklumat syarat lantikan/gaji/skim perkhidmatan boleh diperolehi melalui pautan berikut : melalui http://www.spa.gov.my/web/guest/deskripsi-tugas/ijazah/1883 .

Sekian, terima kasih.

 

Deskripsi tugas Penguasa Kastam WK41:

 

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Jabatan Kastam Diraja Malaysia
  • Jadual Gaji:
Gaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,094.00RM9,585.00RM225.00

 

SYARAT LANTIKAN :
1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a)warganegara Malaysia;
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c)
(i)ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,094.00); atau
(ii)ijazah sarjana muda kepujian yang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,300.73); atau
(iii)Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,819.63); atau
(iv)Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,819.63); atau
(v)Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,923.41); atau
(vi)Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.(Gaji Permulaan pada Gred WK41 :RM3,027.19)
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3.Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Kastam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penguasa Kastam Gred WK41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a)
  1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
  2. lulus Peperiksaan Khas; dan
(b)had umur pelantikan:
  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
DESKRIPSI TUGAS :
Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.

 

 

References: spa.gov.my, facebook spa