Permohonan Pegawai Veterinar GV41, Pendaftaran Sijil Profesional di SPA9

SPA menghebahkan poster untuk Pendaftaran Sijil Profesional untuk permohonan Pegawai Veterinar GV41 di SPA9 pada tahun 2022. Calon yang berkelayakan, mohon ambil maklum cara permohonan.

Permohonan Pegawai Veterinar GV41
Poster 1 (Sumber SPA)

HEBAHAN POSTER PENDAFTARAN SIJIL PROFESIONAL BAGI PERMOHONAN PEGAWAI VETERINAR GV41

Pastikan anda yang memohon jawatan Pegawai Veterinar Gred GV41 mendaftar Sijil Profesional dalam SPA9 mengikut pilihan nama sijil profesional/ikhtisas yang tepat. Rujuk poster berikut untuk makluman lanjut.

1) Poster Pendaftaran Sijil Profesional Bagi Permohonan Pegawai Veterinar Gred GV41 Untuk Lantikan Baharu (Lantikan Terus); dan

2) Poster Pendaftaran Sijil Profesional Bagi Permohonan Pegawai Veterinar Gred GV41 Untuk Pegawai Yang Sedang Berkhidmat Dalam Perkhidmatan Penolong Pegawai Veterinar.

pendaftaran sijil profesional pegawai vaterinar gv41
Poster 2 (Sumber SPA)

Sumber: Facebook Page SPA

**Permohonan hendaklah melalui sistem pendaftaran pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9)

LANTIKAN BAHARU (LANTIKAN TERUS)

Kelayakan Akademik berdasarkan PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2016 (PP 1/2016)

(i) Memiliki Ijazah Doktor Perubatan Vaterinar atau ijazah dalam ilmu perubatan vaterinar atau sains vaterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

DAN

(ii) berdaftar di bawah Seksyen 12[1] Akta Doktor Vaterinar 1974 (Akta 147) selaras dengan senarai kelayakan-kelayakan di Jadual Kedua Bahagian 1.

Pastikan pemohon MENDAFRAR SIJIL PROFESIONAL dalam SPA9. Pilihan NAMA SIJIL PROFESIONAL/ IKHTISAS:

DAFTAR SEKSYEN 12 (1) AKTA DOKTOR VATERINAR 1974 (AKTA 174) (KELAYAKAN DI JADUAL KEDUA BAHAGIAN 1)

(Rujuk Poster 1)

PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI VATERINAR

Memiliki Kelayakan Akademik A atau B berdasarkan PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2016 (PP 1/2016)

KELAYAKAN AKADEMIK 1
Memiliki Ijazah Doktor Perubatan Vaterinar atau ijazah dalam ilmu perubatan vaterinar atau sains vaterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

ATAU

berdaftar di bawah Seksyen 12(1) Akta Doktor Vaterinar 1974 (Akta 147) selaras dengan senarai kelayakan-kelayakan di Jadual Kedua Bahagian 1.

Pastikan pemohon MEMILIH SIJIL PROFESIONAL/ IKHTISAS dalam SPA9 seperti di bawah:

DAFTAR SEKSYEN 12(1) AKTRA DOKTOR VATERINAR 1974 (AKTA 174) (KELAYAKAN DI JADUAL KEDUA BAHAGIAN 1)


ATAU


KELAYAKAN AKADEMIK B
Mempunyai kelayakan yang disenaraikan di bawah Jadual II Bahagian II Akta Doktor Vaterinar 1974 (Akta 147) yang diiktiraf setaraf dengan ijazah am oleh Kerajaan dan lulus Peperiksaan Khas anjuran Jabatan Perkhidmatan Vaterinar, Universiti Putra Malaysia dan Majlis Vaterinar Malaysia

Pastikan pemohon MEMILIH SIJIL PROFESIONAL/ IKHTISAS dalam SPA9 seperti di bawah:

DAFTAR AKTA DOKTOR VATERINAR 1974 (AKTA 174) (KELAYAKAN DI JADUAL KEDUA BAHAGIAN II)

(Rujuk Poster 2)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.