Jawatan kosong Penolong Pegawai Pertanian Gred G5 di Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) bagi tahun 2025. Sebanyak 158 kekosongan dan 120 simpanan ditawarkan kali ini. Permohonan dibuka sekarang!
IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
KUMPULAN PELAKSANA
SIJIL/ DIPLOMA
PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G5 |
KEKOSONGAN: 158 SIMPANAN: 120 |
Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 Jun 2025 (Isnin), jam 11.59 malam.
Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login.
Sumber: Facebook Page SPA
Tugas Penolong Pegawai Pertanian Gred G5
Membantu merancang aktiviti-aktiviti penerangan berhubung dengan polisi projek, menghadiri ceramah, dialog, kursus/latihan, memberi taklimat dan menerbitkan risalah dan bahan terbitan berhubung dengan projek pertanian.
Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
-
- Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred G5: RM1,650.00); atau
- Diploma Pertanian, Diploma dalam bidang Hortikultur, Bioteknologi, Perniagaan Tani, Pengeluaran Makanan, Agroteknologi/Teknologi Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred G5: RM1,974.00); atau
- Diploma Kejuruteraan dalam bidang Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred G5: RM2,055.00).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Taraf Pelantikan
i. Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
ii. Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan kerajaan adalah secara pelantikan tetap
Keperluan Bidang
(Ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan)
(a) Agroteknologi
(b) Bioteknologi Pertanian
(c) Hortikultur/Sains Hortikultur
(d) kejuruteraan Pertanian
(e) Pemprosesan Makanan (Pengeluaran)
(f) Perniagaantani/Agro Business/Sains (Perniagaantani)
(g) Pertanian/Sains Pertanian; atau
(h) Teknologi/Pertanian
Keperluan Tambahan
Hanya calon yang telah memperoleh Sijil/Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN
Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
- memenuhi tempoh percubaan;
- hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Pertanian Gred G5 2025
1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan: A. Setuju
2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan A. Setuju
Rujukan Lengkap Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Pertanian Gred G5 2025
Kenapa para calon wajib ada rujukan ni?
- Faham dengan jelas apa yang dinilai dalam Ujian Psikometrik 2025 ini
- Jimat masa anda. Calon lain tak tahu nak study apa tapi anda dah tahu!
- 200 Contoh Soalan & Jawapan untuk mudah kefahaman anda tentang ujian ini
- Tip jawab soalan. Cara jawab soalan supaya tak tersasar
- Perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
- Apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda
- Edisi terkini dengan 200 hingga 400 contoh soalan
Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/