Jawatan kosong Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP5 Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) 2025. Sebanyak 63 kekosongan dan 116 simpanan ditawarkan kali ini. Permohonan dibuka sekarang!
IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA
KUMPULAN PELAKSANA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA/SIJIL TINGGI
AGAMA MALAYSIA/SIJIL MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA/
DIPLOMA
PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP5 |
KEKOSONGAN : 63 SIMPANAN: 116 |
Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Mei 2025 (Khamis), jam 11.59 malam.
Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login
Sumber: Facebook Page SPA
Tugas Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP5
Menjalankan tugas-tugas operasi dan penguatkuasaan, pendakwaan mahkamah, perlesenan dan ujian memandu serta pendaftaran kenderaan.
Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
-
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,650.00); atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,650.00); atau
- Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,650.00); atau
- bekas anggota polis atau tentera yang sekurang- kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,650.00); atau
- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,893.00); atau
- Diploma dalam bidang Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,974.00).
- Syarat lantikan untuk kegunaan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia:
- Sijil Veterinar/Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,650.00); atau
- Diploma dalam bidang Hortikultur, Pemakanan, Kesihatan Haiwan atau Penternakan atau Diploma Veterinar atau Diploma Teknologi Makanan atau Diploma Pertanian atau Diploma Perikanan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP5: RM1,974.00).
dan
- mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- mempunyai sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm ukuran dada yang biasa dan semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(a)(i), 1(a)(ii), 1(a)(iii), 1(a)(v), 1(a)(vi), 1(b)(i) dan 1(b)(ii) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Taraf Pelantikan
i. Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
ii. Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan kerajaan adalah secara pelantikan tetap
Keperluan Bidang
Terbuka
Keperluan Tambahan
Hanya calon yang telah memperoleh:
a) Sijil Tinggi pelajaran Malaysia/Sijil Tinggi Agama Malaysia/Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia; atau
b) diploma yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan; atau
c) bekas anggota polis/tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.
Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP5 2025
1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan: A. Setuju
2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan A. Setuju
Rujukan Lengkap Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP5 2025
Kenapa para calon wajib ada rujukan ni?
- Faham dengan jelas apa yang dinilai dalam Ujian Psikometrik 2025 ini
- Jimat masa anda. Calon lain tak tahu nak study apa tapi anda dah tahu!
- 200 Contoh Soalan & Jawapan untuk mudah kefahaman anda tentang ujian ini
- Tip jawab soalan. Cara jawab soalan supaya tak tersasar
- Perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
- Apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda
- Edisi terkini dengan 200 hingga 400 contoh soalan
Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/