Pembantu Setiausaha Pejabat N19 : Jadual gaji, syarat lantikan, deskripsi tugas

pembantu setiausaha pejabat n19

pembantu setiausaha pejabat n19

Berikut adalah info tentang syarat lantikan pembantu setiausaha pejabat n19 dan jadual gaji jawatan ini:

 

  • Kumpulan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan, Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,352.00RM4,003.00RM100.00
  • Syarat Lantikan:
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      • warganegara Malaysia;
      • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi tugas: Tidak dinyatakan

 

Resource: Portal SPA

Untuk Rujukan Ujian Psikometrik pembantu setiausaha pejabat n19rujuk artikel ini:
=> https://www.ptdexam.com/ujian-psikometrik-pembantu-setiausaha-pejabat-n19/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.