Pegawai Kebudayaan Gred B19 MOTAC (Semenanjung) 2023, Kekosongan 6 & Simpanan 12

Jawatan kosong Pegawai Kebudayaan Gred B19 Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk calon Semenanjung bagi tahun 2023. Permohonan dibuka sekarang!

Pegawai Kebudayaan Gred B19 MOTAC (Semenanjung) 2023

PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA (SEMENANJUNG)

KUMPULAN PELAKSANA

SPM

PEGAWAI KEBUDAYAAN GRED B19
KEKOSONGAN: 6
SIMPANAN: 12

Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Julai 2023 (Isnin), jam 11.59 malam

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login.

Sumber: Facebook Page SPA

Deskripsi Tugas Pegawai Kebudayaan Gred B19

Bertanggungjawab terhadap program pembangunan kebudayaan dan kesenian. Memberi nasihat, pandangan dan input kepada YB Menteri dan pengurusan tertinggi kementerian mengenai program pembangunan kebudayaan dan kesenian. Bertanggungjawab dalam merancang, membangun dan melaksanakan aktiviti seni budaya dan teater di Istana Budaya serta pembinaan pembangunan fizikal atau prasarana kebudayaan seperti pembinaan Taman Budaya Negeri dan Perkampungan Budaya yang memberi ruang dan peluang kepada aktivis seni budaya.

Syarat Lantikan Wajib

– Warganegara Malaysia

– Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

– Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti

Syarat Lantikan

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B19 :

Kelayakan Masuk:Bakat dan Kebolehan dan Pengalaman
Bidang/Kelayakan Khusus:Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang
kebudayaan serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa
Malaysia dengan memuaskan.
Gaji Permulaan:B19: RM1360.00

ATAU

Kelayakan Masuk:Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Bidang/Kelayakan Khusus:Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Gaji Permulaan:B19: RM1360.00

ATAU

Kelayakan Masuk:Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Bidang/Kelayakan Khusus:Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Permulaan:B19: RM1,418.12

ATAU

Kelayakan Masuk:Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Bidang/Kelayakan Khusus:Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Permulaan:B19: RM1,476.24

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B21,B25 :

Kelayakan Masuk:Bakat dan Kebolehan  Pengalaman  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Bidang/Kelayakan Khusus:(B) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti; dan

(a) (i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya
dalam bidang kebudayaan; atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
dan

(b) (i) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang
berkaitan; dan/atau

(ii) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh
Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
Gaji Permulaan:B21: P1 RM2,047.00
B25 :P1 RM2,597.00

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B29 :

Kelayakan Masuk:Bakat dan Kebolehan dan Pengalaman
Bidang/Kelayakan Khusus:Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang
kebudayaan serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa
Malaysia dengan memuaskan.
Gaji Permulaan:B29: RM1,499.00

ATAU

Kelayakan Masuk:Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
Bidang/Kelayakan Khusus:Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.
Gaji Permulaan:B29: RM1,499.00

ATAU

Kelayakan Masuk:Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Bidang/Kelayakan Khusus:Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.
Gaji Permulaan:B29: RM1,499.00

ATAU

Kelayakan Masuk:Sijil Matrikulasi KPM
Bidang/Kelayakan Khusus:Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Gaji Permulaan:B29: RM1,499.00

ATAU

Kelayakan Masuk:Diploma
Bidang/Kelayakan Khusus:Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Permulaan:B29: RM1,777.78

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B31, B37 :

Kelayakan Masuk:Bakat dan Kebolehan  Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)  Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)  Sijil Matrikulasi KPM  Diploma
Bidang/Kelayakan Khusus:Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti
berikut:

(a) (i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam
bidang kebudayaan serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam
Bahasa Malaysia dengan memuaskan; atau

(ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan; atau

(iii) Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

(iv) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan; atau

(v) diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

dan

(b) (i) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang
berkaitan; dan/atau

(ii) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh
Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
Gaji Permulaan:B31: RM2,851.00;
B37: RM3,565.00.

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B41 :

Kelayakan Masuk:Bakat dan Kebolehan
Bidang/Kelayakan Khusus:Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta mempunyai pengalaman
yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan.
Gaji Permulaan:B41: RM2,095.00

ATAU

Kelayakan Masuk:Ijazah Sarjana Muda
Bidang/Kelayakan Khusus:Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Permulaan:B41: RM2,095.00

ATAU

Kelayakan Masuk:Ijazah Sarjana Muda Kepujian
Bidang/Kelayakan Khusus:Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
Gaji Permulaan:B41: RM2,302.30

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B43, B47, B51, B53 :

Kelayakan Masuk:Bakat dan Kebolehan
Bidang/Kelayakan Khusus:Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti
berikut:

(a) (i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam
bidang kebudayaan; atau

(ii) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; atau

(iii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.

dan

(b) (i) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang
berkaitan; dan/atau

(ii) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh
Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
Gaji Permulaan:B43: RM3,600.00
B47: RM5,162.00
B51: RM5,797.00
B53: RM6,124.00

DAN

Syarat Lantikan Tambahan:-Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu
dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang kebudayaan sebelum
lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.
Syarat Bahasa Melayu:Kepujian di peringkat SPM/SVM

DAN 

Bidang Kelayakan Akademik:Bidang berkaitan
Bidang Lain:

Kelayakan Tambahan
(Ditetapkan oleh Jabatan

Pengkhususan dalam perkhidmatan pengurusan pentas dan produksi.

CONTOH SOALAN PEGAWAI KEBUDAYAAN GRED B19

Note** Format exam rasmi adalah bergantung kepada SPA. Format exam sebenar akan diketahui setelah panggilan exam dibuat oleh pihak SPA.

CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM

Untuk menjawab soalan Pengetahuan Am. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan Pentadbiran kerajaan, dasar-dasar kerajaan & Polisi kementerian, Isu-isu semasa dalam & luar negeri, Perlembagaan Malaysia, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa. Item yang disediakan mempunyai cakupan yang luas. Item akan ditarafkan kepada pengetahuan am yang sepatutnya diketahui oleh rakyat Malaysia. Calon yang peka dengan perkembangan dunia melalui IT dan teknologi semasa, suratkhabar, majalah dan buku-buku akan dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Tujuan seksyen ini untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan Malaysia khasnya.

Contoh soalan:

1. Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) mempunyai Unit Sekretariat yang berfungsi sebagai:

a) Bertanggung jawab sebagai frontline Kementerian dalam isu-isu antarabangsa.

b) Salah satu agensi utama di dalam isu hak asasi manusia kerana kebanyakan isu yang ditimbulkan adalah di bawah bidang tanggungjawab KDN.

c) Menjalankan tugas keurusetiaan bagi semua mesyuarat dan program di bawah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran dan jawatankuasa-jawankuasa berkaitan.

d) Bertindak sebagai focal point bagi kerjasama dua hala KDN dengan negara-negara rantau Asia Tenggara dan negara luar.

Jawapan: C

2. Ketua dalam bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah:

a) Setiausaha Bahagian Gred Khas C

b) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F54

c) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52

d) Ketua Penolong Setiausaha Gred F48

Jawapan: A

3.  Kuasa Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Tempatan adalah seperti berikut KECUALI:

a) Menggubal dasar Kerajaan Tempatan

b) Mengawal status perbandaran

c) Melantik Datuk Bandar

d) Melantik ahli majlis

Jawapan: A

4. Berikut ialan Pindaan Perlembagaan yang memerlukan perkenan dari Majlis Raja-Raja:

I. Kewarganegaraan

II. Bahasa Kebangsaan

III. Akta Hasutan dan Kebebasan Bercakap

IV. Kuasa dan struktur Mahkamah Tinggi Borneo

a) I, II dan III

b) I, III dan IV

c) II, III dan IV

d) I, II dan IV

Jawapan: A

5. Mahkamah Keadilan Antarabangsa berfungsi sebagai:

a) Menyelesaikan pertikaian undang-undang yang diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa

b) Memastikan bahawa wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa

c) Membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa

d) Bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara

Jawapan: A

CONTOH SOALAN DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Contoh Soalan:

Soo Beng mempunyai 280 biji buah ciku. Dia menyimpan 1/7 daripada jumlah keseluruhan buah ciku untuk dirinya dan bakinya dibahagikan sama rata kepada rakannya iaitu Kamini, Atan dan Julius. Berapakah biji buah ciku yang diperoleh oleh setiap rakannya ?

a) 40 biji

b) 60 biji

c)70 biji

d) 80 biji

CONTOH SOALAN KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS

Seksyen penilaian Bahasa Inggeris pernah ada antara tahun 2009/2010 dan selepas itu dibuang. Tetapi sejak tahun 2019 ini seksyen ini umpama seksyen wajib dalam penilaian SPA. Ianya tidak susah, Cuma elok jika anda tahu bagaimana ianya dinilai juga. Kami berikan contoh soalan soalan dalam seksyen ini.

1. A man was killed when his truck rammed into a _________ car in the middle of a road in Kuantan.

A. stationary
B. stationery
C. stationnary
D. stationery

Jawapan: A

2. Which of these sentences has wrong prepositions?

A. Solihin got on a plane and managed to arrive on time.
B. There is some pie in the pan over the counter top.
C. Jeffry slept on the couch under the fan last night.
D. The stray dog ran across the busy road and jumped into the bush.

Jawapan: B

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK PEGAWAI KEBUDAYAAN GRED B19

Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Ujian Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.

Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.

Contoh soalan:

1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan: A. Setuju

2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan A. Setuju

EBOOK RUJUKAN


RUJUKAN LENGKAP UJIAN PSIKOMETRIK PEGAWAI KEBUDAYAAN GRED B19 2023

Kenapa para calon wajib ada rujukan ni?

  • Faham dengan jelas apa yang dinilai dalam Ujian Psikometrik 2023 ini
  • Jimat masa anda. Calon lain tak tahu nak study apa tapi anda dah tahu!
  • 200 Contoh Soalan & Jawapan untuk mudah kefahaman anda tentang ujian ini
  • Tip jawab soalan. Cara jawab soalan supaya tak tersasar
  • Perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
  • Apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda

Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.