Panggilan: Ujian Psikometrik Kurator Gred S41 pada 28 Julai 2022
PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK
KURATOR GRED S41 DI KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA |
TARIKH : 28 JULAI 2022 (KHAMIS) Pautan Alternatif: https://online.spa.gov.my/online/jad_xm_psikometrik/jadual_peperiksaan.php?pemerolehan=SM20220092 |
APAKAH UJIAN PSIKOMETRIK?
Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.
Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.
CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK KURATOR GRED S41
1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan: A. Setuju
2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan A. Setuju
DESKRIPSI TUGAS KURATOR S41
- Merancang dan mengetuai penyelidikan muzium dan menjalankan kerja-kerja penyelidikan warisan sejarah, budaya, alam kemanusiaan, alam semula jadi dan perkara-perkara yang berkaitan.
- Merancang dan mengumpul koleksi untuk dipamerkan dan menyediakan ‘write up’, ‘caption’, label dan sebagainya yang berkaitan dengan pameran.
- Merancang pengurusan sumber manusia jabatan dan menyelaras aktiviti-aktiviti latihan/kursus di peringkat jabatan dan luar negara.
- Mendokumentasi dan mengkatalog koleksi muzium secara sistematik, menyimpan data-data hasil penyelidikan dengan teratur sebagai bahan rujukan.
- Mengetuai dan menjalankan kerja-kerja pemulihan tanah, tapak tanah, monumen bersejarah dan seumpamanya.
- Menyelaras dan mengetuai kerja-kerja cari gali.
Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/