Category Archives: Sejarah

Sejarah Pegawai Tadbir Dan Diplomatik

Sejarah Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Yang Perlu Calon Exam PTD Tahu

Sejarah Pegawai Tadbir Dan Diplomatik

Antara perkara yang sering calon exam PTD terlupa untuk memberi perhatian adalah tentang Sejarah Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Bagaimana ianya mula-mula ditubuhkan, pada tahun berapa dan sebagainya. Perkara ini sebenarnya penting. Jika anda mahu bergelar seorang PTD, anda harus tahu sejarahnya dulu. Di sini, kami ingin membantu anda dengan memberikan serba sedikit info tentang sejarah PTD. Diharapkan juga anda dapat berkongsi info ini dengan rakan-rakan anda yang lain. 

Perkhidmatan awam merupakan satu perkhidmatan penting dalam memastikan keharmonian sesebuah negara. Ia juga merupakan penyumbang utama kepesatan  pembangunan sesebuah negara bagi memastikan negara itu berdiri teguh sebagai satu negara yang maju dan dihormati. Dalam konteks perkhidmatan awam ini, Pegawai Tadbir dan Diplomatik bertindak sebagai jawatan yang premier dalam membantu kerjaan melaksanakan dasar-dasar negara. Sejarah Pegawai Tadbir dan Diplomatik ini adalah satu fakta yang perlu seseorang calon exam PTD itu ambil tahu jika mereka ingin lulus. 

Sejarah Pegawai Tadbir Dan Diplomatik

Sejarah Pegawai Tadbir Dan Diplomatik

Sejarah Pegawai Tadbir dan Diplomatik ini bermula sejak tahun 1896, iaitu sebelum tarikh kemerdekaan Malaysia lagi. Pada mulanya British telah mewujudkan satu perkhidmatan yang dinamakan Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service untuk mentadbir negeri negeri Selat dan Negeri Negeri Melayu Bersekutu. Kemudian pada tahun 1920, telah ditubuhkan Malayan Civil Service untuk mentadbir Tanah Melayu yang dianggotai oleh pegawai pegawai kolonial.

Sejak daripada itu, Malayan Civil Service telah mengalami pelbagai transformasi. Malay Administrative Service pula telah diwujudkan pada tahun 1929 dengan mengambil pegawai-pegawai Melayu sebagai pelapis kepada Malayan Civil Service. Kemudiannya pada tahun 1966, Malayan Civil Service telah digantikan dengan Malaysian Home and Foreign Service dimana peranannya sama dengan Perkhidmatan Dalam dan Luar Negeri Malaysia. Akhirnya pada tahun 1972, ianya telah ditukar nama kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan kekal hingga sekarang. Itulah serba sedikit mengenai SEJARAH PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK yang perlu anda tahu.

Kami ringkaskan Sejarah Pegawai Tadbir dan Diplomatik ini pada anda:-

    • Bermula pada tahun 1896 dengan nama Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service

    • Pada tahun 1920, Malayan Civil Service ditubuhkan

    • Pada 1926, Malay Administrative Service ditubuhkan dengan mengambil pegawai-pegawai Melayu.

    • 1966, Malayan Civil Service digantikan dengan Malaysian Home and Foreign Service.

  • Pada tahun 1972, Malaysian Home and Foreign Service ditukar kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Source: Wiki

Jadi, sekarang anda perlu ingat serba sedikit tentang sejarah PTD ini. Selamat berjaya. 

[wps_custom_form id=0]