Kalau anda dipanggil ke Ujian Psikometrik Pegawai Siasatan, tahniah dulu. Itu maknanya anda dah lepas satu tapisan, dan sekarang SPA nak “scan” pula cara anda berfikir, bertindak dan buat keputusan. Jangan risau, ini bukan ujian untuk cari calon sempurna, tapi untuk tapis siapa yang paling sesuai dengan tugas Pegawai Siasatan yang tegas, berintegriti dan tak mudah goyah.
Apa Itu Ujian Psikometrik Pegawai Siasatan?
Secara ringkas, ujian psikometrik adalah ujian yang mengukur personaliti, tingkah laku dan kecenderungan anda, bukan pengetahuan akademik. Soalan biasanya dalam bentuk pernyataan, dan anda perlu pilih jawapan seperti:
- Sangat setuju
- Setuju
- Tidak setuju
- Sangat tidak setuju
Atau versi lain:
- Ya / Tidak
- Kerap / Jarang / Tidak Pernah
Untuk Pegawai Siasatan, fokus utama ujian ini adalah untuk pastikan calon:
- Jujur dan boleh dipercayai
- Mampu menahan tekanan
- Berani menegakkan undang-undang
- Tidak mudah dipengaruhi kawan, keluarga atau tekanan luar
- Konsisten antara jawapan dengan imej seorang pegawai penguatkuasaan
Dalam bahasa mudah: SPA nak pastikan anda bukan jenis “ikut angin” dan bukan juga “panas baran tak tentu hala”.
Aspek Penting Yang Dinilai Dalam Psikometrik P9
Antara aspek yang biasa dinilai untuk jawatan Pegawai Siasatan:
- Integriti & kejujuran dalam tugas
Contoh: adakah anda sanggup menolak rasuah, menjaga rahsia, dan tidak salahgunakan kuasa? - Ketegasan membuat keputusan
Pegawai Siasatan tak boleh ragu-ragu setiap masa. Anda perlu boleh buat keputusan yang jelas bila perlu. - Keupayaan menahan tekanan
Kerja melibatkan siasatan, kes rumit, masa panjang dan kadang-kadang tekanan pihak luar. - Keberanian menegakkan peraturan
Adakah anda sanggup menegur, menahan atau mengambil tindakan walaupun terhadap orang berpengaruh? - Kesetiaan kepada organisasi dan undang-undang
Pegawai Siasatan perlu letakkan undang-undang dan amanah sebagai keutamaan, bukan kepentingan peribadi.
Kalau anda jenis cepat cuak, suka ikut kawan, dan tak boleh tengok tekanan sikit, ujian ini akan cuba “tangkap” benda itu melalui pola jawapan anda.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Siasatan
Berikut beberapa contoh gaya soalan (bukan soalan sebenar SPA, tapi lebih kepada simulasi):
“Saya sanggup menolak arahan jika arahan tersebut jelas melanggar undang-undang.”
- Sangat setuju
- Setuju
- Tidak setuju
- Sangat tidak setuju
“Apabila saya berada dalam tekanan, saya masih mampu berfikir dengan tenang.”
- Sangat setuju
- Setuju
- Tidak setuju
- Sangat tidak setuju
“Jika rakan sekerja saya melakukan kesalahan kecil, lebih baik saya diam sahaja demi menjaga hubungan.”
- Sangat setuju
- Setuju
- Tidak setuju
- Sangat tidak setuju
“Saya mudah terpengaruh dengan pandangan orang lain walaupun saya tidak begitu setuju.”
- Sangat setuju
- Setuju
- Tidak setuju
- Sangat tidak setuju
“Saya tidak kisah melanggar peraturan sedikit asalkan tiada siapa yang tahu.”
- Sangat setuju
- Setuju
- Tidak setuju
- Sangat tidak setuju
Secara umum, jawapan yang selari dengan imej pegawai penguatkuasaan yang berintegriti ialah: jujur, tegas, patuh undang-undang, berani buat teguran, dan tidak tunduk kepada salah laku – walaupun datang dari orang yang dikenali.
Tips Bijak Menjawab Ujian Psikometrik Pegawai Siasatan
Ini bahagian yang ramai calon suka: macam mana nak “handle” ujian ini tanpa overthinking.
1. Jangan Cuba Jadi “Manusia Paling Sempurna”
Ramai calon cuba jawab semuanya seolah-olah mereka robot yang tak pernah marah, tak pernah letih, tak pernah buat silap. Masalahnya, sistem psikometrik ada banyak soalan ulangan (soalan hampir sama, ayat sahaja diubah). Kalau anda cuba “lakon watak sempurna”, jawapan akan jadi tak konsisten.
Contoh:
- Soalan 10: “Saya jarang marah.” – Sangat setuju
- Soalan 85: “Saya mudah naik suara bila tidak puas hati.” – Sangat setuju
Konflik macam ini boleh buat sistem anggap anda tak konsisten atau tidak jujur.
2. Fikir Dari Sudut Tugas Pegawai Siasatan
Sebelum jawab, tanya diri sendiri:
“Jika saya seorang Pegawai Siasatan, sikap mana lebih sesuai?”
Biasanya, ciri yang dikehendaki:
- Tegas tetapi bukan kasar
- Berintegriti, tidak main-main dengan undang-undang
- Mampu bekerja dalam tekanan
- Boleh bekerjasama, tetapi berani tegur salah laku
- Tidak mudah terpengaruh dengan tekanan luar
Jadi bila jumpa soalan seperti:
“Saya sanggup berkompromi dengan peraturan jika keadaan memaksa.”
Jawapan yang lebih selari dengan tugas penguatkuasaan: cenderung kepada tidak setuju.
3. Jawab Dengan Konsisten
Ujian psikometrik boleh ada ratusan soalan. Anda mungkin jumpa:
- Soalan terus terang
- Soalan yang nampak “baik” tapi ada perangkap
- Soalan yang diulang dalam bentuk berbeza
Tip penting:
- Kekalkan prinsip yang sama dari awal sampai habis
- Jangan tukar karakter di tengah-tengah (mula-mula konon tegas, hujung-hujung jadi sambil lewa)
Ingat: sistem lebih suka calon yang konsisten, bukan calon yang cuba “berlakon”.
4. Jangan Jawab Terlalu Ekstrem Pada Semua Soalan
Anda boleh jawab “Sangat setuju” atau “Sangat tidak setuju”, tetapi jangan untuk semua benda. Ada perkara yang memang patut sederhana.
Contoh:
“Saya tidak pernah melakukan sebarang kesilapan dalam hidup saya.”
Kalau anda jawab “Sangat setuju”, itu lebih nampak tidak realistik. Manusia normal tentu pernah buat silap, cuma beza pada bagaimana dia belajar dan berubah.
5. Jaga Energy & Fokus Semasa Menjawab
Psikometrik P9 boleh jadi panjang. Kalau anda jawab dalam keadaan:
- Mengantuk
- Lapar
- Stress melampau
Risiko:
- Tersalah baca soalan
- Jawab ikut emosi, bukan pertimbangan
- Cepat bosan, lalu mula “main hentam” jawapan
Sebaiknya:
- Pastikan rehat cukup
- Sediakan air kosong
- Baca soalan perlahan tapi steady
- Jika online, pastikan line internet stabil dan tempat tenang
Perlu Ke Buat Latihan Soalan Psikometrik?
Secara teori, ujian psikometrik kononnya tak perlu “study” sebab ia ukur personaliti. Tapi realitinya, faham format dan jenis soalan memang beri kelebihan:
- Anda kurang panik bila nampak soalan pelik
- Anda tahu angle yang dinilai (integriti, tekanan, ketegasan)
- Anda boleh elak perangkap soalan yang cuba “test” konsistensi
Untuk Pegawai Siasatan P9, ada rujukan khas yang memang disusun ikut bentuk penilaian semasa.
Rujukan Khas Ujian Psikometrik Pegawai Siasatan P9
Jika anda dipanggil untuk ujian ini, sebaiknya jangan tunggu “last minute mode panik” baru nak cari bahan. Ada rujukan khas Pegawai Siasatan P9 yang disusun untuk bantu calon faham:
Dalam rujukan khas Pegawai Siasatan P9 ini anda akan belajar:
- Pengenalan jawatan P9 (gaji, syarat lantikan & deskripsi tugas)
- Tujuan ujian psikometrik + apa yang sebenarnya dinilai
- Domain penilaian SPA & struktur ujian psikometrik P9
- 5 teras penilaian psikometrik yang membezakan calon
- Cara tapisan psikometrik memilih calon (fokus konsistensi jawapan)
- 7 tips persediaan lengkap + teknik kenal “perangkap soalan”
- 200 contoh soalan psikometrik & jawapan (Edisi 2026)
Kalau anda jenis suka baca dulu, faham dulu, baru rasa yakin nak jawab, rujukan macam ini memang boleh jimatkan banyak masa dan kurangkan rasa cuak.
👉 Jika anda dipanggil untuk Ujian Psikometrik Pegawai Siasatan P9, sebaiknya buat persediaan awal.
Anda boleh semak rujukan di sini: