Tag Archives: Temuduga Pegawai Imigresen KP19

Pegawai Imigresen KP19 2023

Pegawai Imigresen KP19 di Jabatan Imigresen Malaysia 2023, Kekosongan 404 & Simpanan 500

Jawatan kosong Pegawai Imigresen KP19 di Jabatan Imigresen Malaysia bagi tahun 2023. Sebanyak 404 kekosongan dan 500 simpanan ditawarkan kali ini. Permohonan dibuka sekarang!

Pegawai Imigresen KP19 2023

IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

SPM (KUMPULAN PELAKSANA)

PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP19
KEKOSONGAN : 404
SIMPANAN: 500

Tarikh tutup permohonan : 31 Mei 2023 (Rabu), jam 11.59 malam

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login

Sumber: Facebook Page SPA

Deskripsi Tugas Pegawai Imigresen KP19

Bertanggungjawab menjalankan tugas mengeluarkan pasport dan dokumen perjalanan, mengeluarkan visa, pas dan permit, mengawal selia pergerakan keluar masuk di pintu-pintu masuk yang diwartakan serta memberi perkhidmatan sokongan yang berkualiti dan efisien kepada pelanggan jabatan untuk memantapkan lagi pengurusan organisasi serta meningkatkan mutu perkhidmatan imigresen bagi memenuhi aspirasi rakyat dan negara.

Syarat Lantikan Wajib

– Warganegara Malaysia

– Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Lantikan

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KP19 :

 Kelayakan Masuk:Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
 Bidang/Kelayakan Khusus:Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
 Gaji Permulaan:KP19: RM1,360.00

 ATAU

 Kelayakan Masuk:Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
 Bidang/Kelayakan Khusus:Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 Gaji Permulaan:KP19: RM1,416.40

 ATAU

 Kelayakan Masuk:Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
 Bidang/Kelayakan Khusus:Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 Gaji Permulaan:KP19: RM1,472.80

DAN

 Syarat Lantikan Tambahan:-mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;-berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;-mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;-mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);-lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;-pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan-diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
 Syarat Bahasa Melayu:Kepujian di peringkat SPM/SVM

DAN
 

 Bidang Kelayakan Akademik
 Bidang Lain

CONTOH SOALAN PEGAWAI IMIGRESEN KP19

Note** Format exam rasmi adalah bergantung kepada SPA. Format exam sebenar akan diketahui setelah panggilan exam dibuat oleh pihak SPA.

CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM

Untuk menjawab soalan Pengetahuan Am. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan Pentadbiran kerajaan, dasar-dasar kerajaan & Polisi kementerian, Isu-isu semasa dalam & luar negeri, Perlembagaan Malaysia, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa. Item yang disediakan mempunyai cakupan yang luas. Item akan ditarafkan kepada pengetahuan am yang sepatutnya diketahui oleh rakyat Malaysia. Calon yang peka dengan perkembangan dunia melalui IT dan teknologi semasa, suratkhabar, majalah dan buku-buku akan dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Tujuan seksyen ini untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan Malaysia khasnya.

Contoh soalan:

1. Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) mempunyai Unit Sekretariat yang berfungsi sebagai:

a) Bertanggung jawab sebagai frontline Kementerian dalam isu-isu antarabangsa.

b) Salah satu agensi utama di dalam isu hak asasi manusia kerana kebanyakan isu yang ditimbulkan adalah di bawah bidang tanggungjawab KDN.

c) Menjalankan tugas keurusetiaan bagi semua mesyuarat dan program di bawah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran dan jawatankuasa-jawankuasa berkaitan.

d) Bertindak sebagai focal point bagi kerjasama dua hala KDN dengan negara-negara rantau Asia Tenggara dan negara luar.

Jawapan: C

2. Ketua dalam bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah:

a) Setiausaha Bahagian Gred Khas C

b) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F54

c) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52

d) Ketua Penolong Setiausaha Gred F48

Jawapan: A

3.  Kuasa Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Tempatan adalah seperti berikut KECUALI:

a) Menggubal dasar Kerajaan Tempatan

b) Mengawal status perbandaran

c) Melantik Datuk Bandar

d) Melantik ahli majlis

Jawapan: A

4. Berikut ialan Pindaan Perlembagaan yang memerlukan perkenan dari Majlis Raja-Raja:

I. Kewarganegaraan

II. Bahasa Kebangsaan

III. Akta Hasutan dan Kebebasan Bercakap

IV. Kuasa dan struktur Mahkamah Tinggi Borneo

a) I, II dan III

b) I, III dan IV

c) II, III dan IV

d) I, II dan IV

Jawapan: A

5. Mahkamah Keadilan Antarabangsa berfungsi sebagai:

a) Menyelesaikan pertikaian undang-undang yang diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa

b) Memastikan bahawa wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa

c) Membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa

d) Bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara

Jawapan: A

CONTOH SOALAN DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Contoh Soalan:

Soo Beng mempunyai 280 biji buah ciku. Dia menyimpan 1/7 daripada jumlah keseluruhan buah ciku untuk dirinya dan bakinya dibahagikan sama rata kepada rakannya iaitu Kamini, Atan dan Julius. Berapakah biji buah ciku yang diperoleh oleh setiap rakannya ?

a) 40 biji

b) 60 biji

c)70 biji

d) 80 biji

CONTOH SOALAN KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS

Seksyen penilaian Bahasa Inggeris pernah ada antara tahun 2009/2010 dan selepas itu dibuang. Tetapi sejak tahun 2019 ini seksyen ini umpama seksyen wajib dalam penilaian SPA. Ianya tidak susah, Cuma elok jika anda tahu bagaimana ianya dinilai juga. Kami berikan contoh soalan soalan dalam seksyen ini.

1. A man was killed when his truck rammed into a _________ car in the middle of a road in Kuantan.

A. stationary
B. stationery
C. stationnary
D. stationery

Jawapan: A

2. Which of these sentences has wrong prepositions?

A. Solihin got on a plane and managed to arrive on time.
B. There is some pie in the pan over the counter top.
C. Jeffry slept on the couch under the fan last night.
D. The stray dog ran across the busy road and jumped into the bush.

Jawapan: B

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK PEGAWAI IMIGRESEN KP19

Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Ujian Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.

Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.

Contoh soalan:

1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan: A. Setuju

2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan A. Setuju

EBOOK RUJUKAN


RUJUKAN LENGKAP UJIAN PSIKOMETRIK PEGAWAI IMIGRESEN KP19 2023

Kenapa para calon wajib ada rujukan ni?

  • Faham dengan jelas apa yang dinilai dalam Ujian Psikometrik 2023 ini
  • Jimat masa anda. Calon lain tak tahu nak study apa tapi anda dah tahu!
  • 200 Contoh Soalan & Jawapan untuk mudah kefahaman anda tentang ujian ini
  • Tip jawab soalan. Cara jawab soalan supaya tak tersasar
  • Perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
  • Apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda

Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/

Temuduga Pegawai Imigresen KP19

Temuduga Pegawai Imigresen KP19 di Jabatan Imigresen Malaysia

Jadual Temuduga Pegawai Imigresen KP19 di Jabatan Imigresen Malaysia untuk bulan September 2022

Temuduga Pegawai Imigresen KP19
Temuduga Pegawai Imigresen KP19

SEMAKAN PENJADUALAN TEMU DUGA

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP19
Tarikh Temu Duga: 19 September 2022 – 23 September 2022

Link semakan: https://online.spa.gov.my/online/jad_td/rs/jadual_temuduga.php?pemerolehan=SS20220003

Sumber: Facebook Page SPA

Perkara yang perlu dielakkan semasa temuduga pegawai imigresen kp19

Berikut ialah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga. Panel penemuduga bakal tersinggung dengan sikap anda sekiranya anda berbuat demikian.

  1. Bercakap tentang perkara-perkara yang tidak berkaitan atau tiada kena mengena dengan soalan yang ditanya secara berlebihan atau keterlaluan.
  2. Tidak menumpukan perhatian atau fokus kepada salah seorang penemuduga apabila diajukan soalan dari salah seorang panel.
  3. Mengelak daripada menjawab soalan atau mengalihkan perhatian panel penemuduga dengan bercakap tentang perkara lain.
  4. Memandang rendah pada pengetahuan panel penemuduga sehingga merasakan diri anda bijak dari mereka dengan berpandukan cara anda menjawab.
  5. Menggunakan nama-nama orang berpangkat tinggi atau besar dalam sesi temuduga, seolah-olah anda ada orang dalam, supaya panel penemuduga berasa kagum dengan anda.
  6. Mencabar panel penemuduga dengan memberikan soalan yang rumit dan teknikal kepada mereka. Sepatutnya mereka yang menyoal anda.

    Perkara-perkara di atas boleh membuatkan panel penemuduga berasa tidak senang hati dan membosankan. Ini bakal memberi kesan kepada anda. Peluang bakal tertutup kerana sikap anda. Adakalanya anda tidak sedar apa yang anda lakukan tersebut menambahkan lagi rasa meluat orang lain terhadap anda biar pun anda merasakan tindakan tersebut bagus.

Tips menghadapi temuduga imigresen

Untuk menghadapi temuduga, anda perlu lihat 2 perkara penting iaitu persediaan dan tingkah laku semasa temuduga.

Persediaan

  1. Selidik seberapa banyak yang dapat tentang pekerjaan yang anda pohon itu.
    Sumber-sumber yang boleh membantu anda ialah :
  • Mereka yang bekerja di dalam pekerjaan yang dipohon.
  • Bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh didapati dari pelbagai jabatan, firma dan perpustakaan.
  • Ibu bapa, saudara mara dan rakan-rakan.

2. Selidik sama ada anda memiliki kelulusan akademik dan kelulusan-kelulusan lain sebagaimana yang dikehendaki bagi pekerjaan yang anda pohon. Jangan semata-mata bergantung kepada nasib.

3. Jika anda ditemuduga bagi sesuatu pekerjaan yang menghendaki pengetahuan atau latihan khas, anda mungkin disoal tentang perkara tertentu yang berkaitan atau pun diberi satu ujian untuk menilai pengalaman, kemahiran atau kepantasan anda. Dalam hal seperti ini amat berfaedah sekiranya anda mengkaji semula perkara-perkara berkenaan sebelum menghadiri temuduga.

4. Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10 minit sebelum sesi temuduga dimulakan. Jangan sekali-kali datang lewat.

5. Anda pakailah pakaian yang sesuai, bersih dan kemas. Elakkan daripada memakai pakaian yang berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar, memakai minyak wangi dan alat solek yang berlebihan.

6. Kuku jari anda mestilah bersih. Rambut hendaklah pendek dan kemas. Kasut hendaklah bersih dan dikilatkan. Pilih kasut yang biasa dipakai oleh penjawat awam.

7. Bawa bersama sijil-sijil akademik dari sekolah dan institusi pengajian tinggi, dokumen-dokumen asal dan surat akuan untuk disemak oleh penemuduga. Susun dokumen tersebut dalam fail lutsinar mengikut susunan kelayakan terendah kepada kelayakan yang tertinggi.

8. Apabila dipanggil masuk ke bilik temuduga, ketuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Masuk dengan tenang dan mula bersedia untuk ditemuduga.

9. Sediakan penama dan butiran 2 orang yang mengenali anda dan bukan terdiri dari saudara-mara anda untuk memberikan perakuan terhadap diri anda. Dapatkan keizinan dari mereka terlebih dahulu.

Maklumat tambahan

Anda boleh terus pakej rujukan yang telah banyak membantu calon-calon temuduga memasuki kerja kerajaan sejak tahun 2009 sehingga kini. Terus dapatkan ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan di laman di bawah ini: