Jawatan kosong Pembantu Pendaftaran Gred KP19 Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi tahun 2024. Sebanyak 88 kekosongan dan 100 simpanan ditawarkan kali ini. Permohonan dibuka sekarang!
PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN PENDAFTARAN NEGARA
KUMPULAN PELAKSANA
SPM/SPM & SKM
PEMBANTU PENDAFTARAN GRED KP19 |
KEKOSONGAN: 88 SIMPANAN: 100 |
Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Mei 2024 (Isnin), jam 11.59 malam,
Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login.
Sumber: Facebook Page SPA
Tugas Pembantu Pendaftaran Gred KP19
Bertanggungjawab dalam aktiviti memastikan perkhidmatan operasi mencapai standard dan prosedur yang ditetapkan berdasarkan Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299), Registration of Births and Deaths Ordinance 1951 (Sabah Cap, 123), Registration of Births and Deaths Ordinance 1951 (Sarawak Cap, 123), Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Peruntukan-peruntukan Khas) 1975 (Akta 1952), Akta Pendaftaran Pengangkutan 1952 (Akta 253) dan Adaption Ordinance 1941 (Sarawak Cap. 91), Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) dan Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001), Perlembagaan Persekutuan, Bahagian III (Kewarganegaraan) dan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164).
Syarat Lantikan Wajib
– Warganegara Malaysia
– Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
Syarat Lantikan
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KP19:
Kelayakan Masuk | : | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Bidang/Kelayakan Khusus | : | Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
Gaji Permulaan | : | KP19: RM1,360.00 |
ATAU
Kelayakan Masuk | : | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) |
Bidang/Kelayakan Khusus | : | Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. |
Gaji Permulaan | : | KP19: RM1,416.40 |
ATAU
Kelayakan Masuk | : | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) |
Bidang/Kelayakan Khusus | : | Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. |
Gaji Permulaan | : | KP19: RM1,472.80 |
DAN
Syarat Lantikan Tambahan | : | |
Syarat Bahasa Melayu | : | Kepujian di peringkat SPM/SVM |
DANĀ
Bidang Kelayakan Akademik: | |
Bidang Lain: |
Taraf Pelantikan
i. Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
ii. Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan kerajaan adalah secara pelantikan tetap
Keperluan Bidang
(Ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan)
Keperluan calon yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau/dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang pengkhususan tertentu.
Mempunyai SKM Tahap 2 dalam bidang:
- Pengurusan Pejabat
Mempunyai SKM Tahap 3 dalam bidang:
- Pentadbiran Pejabat
- Penyeliaan Pengurusan Pejabat
- Setiausaha Korporat Eksekutif
Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Pendaftaran Gred KP19 2024
1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan: A. Setuju
2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.
A. Ya B. Tidak
Jawapan B. Tidak
4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.
A. Setuju B. Tidak Setuju
Jawapan A. Setuju
Rujukan Lengkap Ujian Psikometrik Pembantu Pendaftaran Gred KP19 2024
Kenapa para calon wajib ada rujukan ni?
- Faham dengan jelas apa yang dinilai dalam Ujian Psikometrik 2024 ini
- Jimat masa anda. Calon lain tak tahu nak study apa tapi anda dah tahu!
- 200 Contoh Soalan & Jawapan untuk mudah kefahaman anda tentang ujian ini
- Tip jawab soalan. Cara jawab soalan supaya tak tersasar
- Perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
- Apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda
- Edisi terkini dengan 200 hingga 400 contoh soalan
Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/