Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41 KPKM 2023

Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41 MAFS 2023, Kekosongan 2 & Simpanan 10

Jawatan kosong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41 di Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (MAFS) bagi tahun 2023. Hanya 2 kekosongan dan 10 simpanan ditawarkan kali ini. Permohonan dibuka sekarang!

Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41 KPKM 2023

PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

IJAZAH SARJANA MUDA

PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41
KEKOSONGAN: 2
SIMPANAN: 10

Tarikh tutup permohonan adalah pada 8 Ogos 2023 (Selasa), jam 11.59 malam

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 ini https://spa9.spa.gov.my/login.

Sumber: Facebook Page SPA

Syarat Lantikan Wajib Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41

– Warganegara Malaysia

– Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Lantikan

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KP41 :

Kelayakan Masuk:Ijazah Sarjana Muda
Bidang/Kelayakan Khusus:ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Permulaan:KP41: RM2,081.00

ATAU

Kelayakan Masuk:Bekas Polis atau Bekas Tentera
Bidang/Kelayakan Khusus:bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor
Polis atau Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam
jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik;
Gaji Permulaan:KP41: RM2,081.00

ATAU

Kelayakan Masuk:Ijazah Sarjana Muda Kepujian
Bidang/Kelayakan Khusus:ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Permulaan:KP41: RM2,285.00

ATAU

Kelayakan Masuk:Ijazah Sarjana Muda
Bidang/Kelayakan Khusus:Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
Gaji Permulaan:KP41: RM2,387.21

ATAU

Kelayakan Masuk:Ijazah Sarjana Muda Kepujian
Bidang/Kelayakan Khusus:Syarat lantikan untuk kegunaan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan
Pemeriksaan Malaysia:

ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang Perikanan, Pertanian, Hortikultur,
Pemakanan atauTeknologi Makanan yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
Gaji Permulaan:KP41: RM2,390.37

ATAU

Kelayakan Masuk:Ijazah Doktor Falsafah (PhD)
Bidang/Kelayakan Khusus:Syarat lantikan untuk kegunaan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan
Pemeriksaan Malaysia:

Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau Ijazah Ilmu Perubatan Veterinar yang
diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Permulaan:KP41: RM2,693.84

DAN

Syarat Lantikan Tambahan:-mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti
berikut:-tinggi sekurang-sekurangnya 1.57m bagi lelaki dan
1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
-berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan
46kg bagi wanita;-mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara
julat 19 hingga 26;-mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada
yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki
sahaja);-lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan
yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa
menggunakan cermin mata;-pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
dan-diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh
pengamal perubatan berdaftar.
Syarat Bahasa Melayu:Kepujian di peringkat SPM/SVM

DAN

Bidang Kelayakan Akademik:Semua Bidang
Bidang Lain:

Keperluan Bidang
(Ditetapkan oleh Jabatan)

Senarai keperluan bidang boleh dirujuk seperti di Lampiran

Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41 MAFS 2023
Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41 MAFS 2023

Keperluan Tambahan

Hanya calon yang telah memperoleh ijazah sarjana muda yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

CONTOH SOALAN PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41

Note** Format exam rasmi adalah bergantung kepada SPA. Format exam sebenar akan diketahui setelah panggilan exam dibuat oleh pihak SPA.

CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM

Untuk menjawab soalan Pengetahuan Am. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan Pentadbiran kerajaan, dasar-dasar kerajaan & Polisi kementerian, Isu-isu semasa dalam & luar negeri, Perlembagaan Malaysia, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa. Item yang disediakan mempunyai cakupan yang luas. Item akan ditarafkan kepada pengetahuan am yang sepatutnya diketahui oleh rakyat Malaysia. Calon yang peka dengan perkembangan dunia melalui IT dan teknologi semasa, suratkhabar, majalah dan buku-buku akan dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Tujuan seksyen ini untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan Malaysia khasnya.

Contoh soalan:

1. Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) mempunyai Unit Sekretariat yang berfungsi sebagai:

a) Bertanggung jawab sebagai frontline Kementerian dalam isu-isu antarabangsa.

b) Salah satu agensi utama di dalam isu hak asasi manusia kerana kebanyakan isu yang ditimbulkan adalah di bawah bidang tanggungjawab KDN.

c) Menjalankan tugas keurusetiaan bagi semua mesyuarat dan program di bawah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran dan jawatankuasa-jawankuasa berkaitan.

d) Bertindak sebagai focal point bagi kerjasama dua hala KDN dengan negara-negara rantau Asia Tenggara dan negara luar.

Jawapan: C

2. Ketua dalam bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah:

a) Setiausaha Bahagian Gred Khas C

b) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F54

c) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52

d) Ketua Penolong Setiausaha Gred F48

Jawapan: A

3.  Kuasa Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Tempatan adalah seperti berikut KECUALI:

a) Menggubal dasar Kerajaan Tempatan

b) Mengawal status perbandaran

c) Melantik Datuk Bandar

d) Melantik ahli majlis

Jawapan: A

4. Berikut ialan Pindaan Perlembagaan yang memerlukan perkenan dari Majlis Raja-Raja:

I. Kewarganegaraan

II. Bahasa Kebangsaan

III. Akta Hasutan dan Kebebasan Bercakap

IV. Kuasa dan struktur Mahkamah Tinggi Borneo

a) I, II dan III

b) I, III dan IV

c) II, III dan IV

d) I, II dan IV

Jawapan: A

5. Mahkamah Keadilan Antarabangsa berfungsi sebagai:

a) Menyelesaikan pertikaian undang-undang yang diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa

b) Memastikan bahawa wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa

c) Membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa

d) Bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara

Jawapan: A

CONTOH SOALAN DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Contoh Soalan:

Soo Beng mempunyai 280 biji buah ciku. Dia menyimpan 1/7 daripada jumlah keseluruhan buah ciku untuk dirinya dan bakinya dibahagikan sama rata kepada rakannya iaitu Kamini, Atan dan Julius. Berapakah biji buah ciku yang diperoleh oleh setiap rakannya ?

a) 40 biji

b) 60 biji

c)70 biji

d) 80 biji

CONTOH SOALAN KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS

Seksyen penilaian Bahasa Inggeris pernah ada antara tahun 2009/2010 dan selepas itu dibuang. Tetapi sejak tahun 2019 ini seksyen ini umpama seksyen wajib dalam penilaian SPA. Ianya tidak susah, Cuma elok jika anda tahu bagaimana ianya dinilai juga. Kami berikan contoh soalan soalan dalam seksyen ini.

1. A man was killed when his truck rammed into a _________ car in the middle of a road in Kuantan.

A. stationary
B. stationery
C. stationnary
D. stationery

Jawapan: A

2. Which of these sentences has wrong prepositions?

A. Solihin got on a plane and managed to arrive on time.
B. There is some pie in the pan over the counter top.
C. Jeffry slept on the couch under the fan last night.
D. The stray dog ran across the busy road and jumped into the bush.

Jawapan: B

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41

Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Ujian Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.

Ianya penting untuk pihak kerajaan memilih mereka yang layak untuk jawatan tertentu.

Contoh soalan:

1. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan: A. Setuju

2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.

A. Ya       B. Tidak

Jawapan B. Tidak

4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.

A. Setuju       B. Tidak Setuju

Jawapan A. Setuju

EBOOK RUJUKAN


RUJUKAN LENGKAP UJIAN PSIKOMETRIK PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41 2023

Kenapa para calon wajib ada rujukan ni?

  • Faham dengan jelas apa yang dinilai dalam Ujian Psikometrik 2023 ini
  • Jimat masa anda. Calon lain tak tahu nak study apa tapi anda dah tahu!
  • 200 Contoh Soalan & Jawapan untuk mudah kefahaman anda tentang ujian ini
  • Tip jawab soalan. Cara jawab soalan supaya tak tersasar
  • Perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
  • Apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda

Lagi contoh soalan psikometrik di sini: https://www.ptdexam.com/contoh-soalan-ujian-psikometrik-jawapan-disediakan/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.