Penolong Pegawai Tadbir N29 – Tangga Gaji dan Deskripsi Tugas

Penolong Pegawai Tadbir N29 – Tangga Gaji dan Deskripsi Tugas | Berikut merupakan tangga gaji dan deskripsi tugas bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29.

Penolong Pegawai Tadbir N29 - Tangga Gaji dan Deskripsi Tugas

Penolong Pegawai Tadbir N29 – Tangga Gaji dan Deskripsi Tugas

Berada di dalam kumpulan Pelaksana, Penolong Pegawai Tadbir N29 diletakkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awan dan Kementerian Pertahanan. Tangga gaji bermula dengan RM1,493.00 dan maksima RM5,672.00 dengan kadar kenaikan tahunan sebanyak RM145.00.

  • Syarat Lantikan:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
      2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
      3. diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu tadbir (Perkeranian/ Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu tadbir (kewangan), Pemeriksa Cap jari dan pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
      2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
  • Deskripsi Tugas : 
    Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

Sources: www.spa.gov.my

______________________________________________________________________________________________

Anda calon peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 2018?

Sila download Pakej Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 ini sekarang juga.

Ini adalah komponen utama dalam Pakej Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

  • 190++ mukasurat
  • 90++ Nota Ringkas
  • 50++ Contoh Soalan dan Jawapan SEKSYEN A
  • 40++ Contoh Soalan dan Jawapan SEKSYEN B

Ini juga bakal anda dapat(Platinum sahaja):-

  • EXTRA SEKSYEN A. Khas untuk yang betul-betul serius tahun 2018. Ada 60 Soalan dan Jawapan diberikan. Jadi total semua soalan termasuk komponen utama adalan 110 soalan (50 + 60)
  • Ramai yang mengeluh ‘tersangkut’ pada Seksyen Penyelesaian Masalah. Komponen EXTRA SEKSYEN B ini akan menambah persediaan anda. Ada 50 Soalan dan Jawapan dalam komponen ni. Jadi anda ada 100 soalan Seksyen B (komponen utama + komponen EXTRA)

UPDATE! RUJUKAN TELAH DIBUKA

Download sekarang di link ini: https://t.me/penolongpegawaitadbirn29jpa

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.